PUSAT TUISYEN E-SURIA - ditubuhkan pada tahun 2006 dan mula beroperasi sejak 24 Disember 2006. Pendaftaran telah dibuka dan genap seramai 100 orang pelajar telah mendaftarkan diri sebagai Pelajar E-Suria! Pada tahun 2007, Cawangan di Bukit Jelutong, Shah Alam telah mula beroperasi diikuti Cawangan Seksyen 9 pada tahun 2008 dan E-Suria Kota Kemuning pada tahun berikutnya. Kini E-Suria telah melahirkan Pelajar Wawasan Negara seluruh cawangan sejak ia mula beroperasi. Pengetuanya, En. V.S.A.Eswaran telah menaruh harapan dan mendedikasikan semangat beliau ke arah 'E-Suria Mencipta Pelajar Di luar Jangkaan'. E-Suria kini merupakan Institusi yang tersohor di Bandar Shah Alam. Pihak E-Suria sering menekankan 'Prinsip Kualiti Bukan Kuantiti' dan mereka telah membuktikan penyataan mereka dengan Pelajar-pelajar Cemerlang E-Suria! E-Suria dulu, kini, dan senantiasa akan menjadi kebanggaan Pelajar, Tutor, dan Ibu bapa yang menaruh harapan tulus mereka pada kami!
E-SURIA
'e' jitu ditakrifkan dengan maksud 'education' yang merupakan wadah kepada kecemerlangan dalam ketamadunan umat manusia. 'e' juga mendukung maksud elektronik, iaitu Sistem Kad Matrik berasaskan 'Smart Card'. Sistem Kehadiran Pelajar dan Tutor adalah berdasarkan elektronik. Ibu bapa juga boleh mendapatkan maklumat kehadiran pelajar serta-merta.
'Suria' membawa maksud Cahaya/Matahari/Nur merupakan asas kepada ketamadunan bagi bangsa-bangsa di dunia ini. Cahaya adalah simbol bagi Pendidikan dan Ilmu. Hanya ilmu yang dapat menjayakan seseorang insan dalam dunia yang serba mencabar ini.
Tuntasnya, 'e-suria' adalah simbol kepada sumber kepada ilmu yang merupakan gemala sakti pada alaf digital ini.
Comments
Post a Comment